Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Tentang ujian

Imej
Hari-hari dihadap kita dengan perkara insani. Tak pernah sekalipun kita terlepas dari memikul ujian. Ia hadir dengan seribu rasa, bukan dengan sekeping rasa. Dengannya ada yang bakal kecundang ataupun gemilang. Tak tahu mana satu kesudahannya. Susah dan lelah tak kurang dari mengiringinya. Datang bersilih ganti tanpa henti. Namun manusia mana yang mahu bersamanya? Yang sudi bakal nikmati kesenangan. Yang tidak hanya berteduh di tepian dunia. Adapun mereka endah atau tidak akan kebahagiaan yang bakal mengganti kesusahan. Tak ada senang tanpa susah, susah tanpa senang. Senang dan susah adalah keluarga yang tidak pernah berpisah. Kalau dunia dibuat untuk kesenangan, maka tiadalah erti kehidupan yang kita rasai. Apa mahu dibuat kalau sudah senang? Apa mahu difikir kalau sudah tersedia? Bawalah diri berfikir sejenak, adakah kerugian disebalik ujian yang kita hadapi? Ujian tak bawa kesenangan dan kesengsaraan. Dia bawa kita ke daerah fikiran. Samada memberi kematangan atau kecelaruan. Terpul...

Ditinggal sepi

Imej
       Kalau dapat diputar masa, aku ingin ke perut ibuku. Tenang dalam jagaan-Nya. Namun itulah dinamakan takdir, aku dilahirkan. Hidup dalam serba cukup sudah memadai buat ku. Siapa aku untuk menolaknya. Tapi resah hati ini hanya Tuhan tahu. Terkapai-kapai hanyut. Bantuan manusia tak semenanya, hanya berupaya membasmi jahil ku dengan dayanya tapi bukan tak ketahuan hati ku. Aku sedar yang berdaya hanya aku. Kotak fikiran ku, amal ku, hanya aku sendiri mampu membentuknya. Dengan kudrat kurniaan-Nya, aku perlu juang untuk menang. Tapi apakan daya, asakan nafsu dan rerakan yang tidak membantu. Aku hanya ditinggal sepi.     Aku sayu dan menangis di malam hening. Sejuk malam menggigit tulang. Tanyakan diri apa yang harus ku lakukan. Adakah benar hidup ini sekejam ini atau hanya aku yang lemah? Mengimbau peristiwa lama hanya mencincang jiwa ku. Melihat masa depan seperti suram buat ku. Yang hanya pada ku kerabat yang kekacauan dan sahabat yang kabur fikirannya....