Catatan

Terkini

Lamunan Manusiawi

Imej
Rindu, entah bila dia datang. Tanpa kau sedar, dia telah pun melayurkan pandangan kau akan dunia. Dibawanya engkau ke alam angan-angan, sejauh renungan semesta. Engkau tak lagi fikir akan urusan duniawi yang kau perlu laksanakan. Malahan kau terseksa dengan lamunanmu itu. Kadang kau direnjat akan cerita lama yang katanya indah. Tapi hanyalah harapan. Kau teringat cerita perih yang kau pernah rasakan. Tapi tak pernah padamnya luka. Di setiap imbasan ingatanmu hanya menambah perit pada hati yang perlu menerima.  Namun apa harapan yang tinggal buatmu? "Teruskan kehidupan". Buat apa mahu fikir tentang perkara kau tak mampu ubah, semuanya telah termaktub dan menempel pada sejarah. Masa tidak pernah ingkar Penciptanya. Ia tetap teruskan perjalanannya walau seramai mana manusia memintanya untuk undur kembali. Sedarilah bahawa di setiap lamunan hanya bawa penderitaan kalau balasan padanya hanyalah kata-kata dan bukannya aksi. Bakarlah kisah lamamu dengan pintu jaya yang b...

Tentang ujian

Imej
Hari-hari dihadap kita dengan perkara insani. Tak pernah sekalipun kita terlepas dari memikul ujian. Ia hadir dengan seribu rasa, bukan dengan sekeping rasa. Dengannya ada yang bakal kecundang ataupun gemilang. Tak tahu mana satu kesudahannya. Susah dan lelah tak kurang dari mengiringinya. Datang bersilih ganti tanpa henti. Namun manusia mana yang mahu bersamanya? Yang sudi bakal nikmati kesenangan. Yang tidak hanya berteduh di tepian dunia. Adapun mereka endah atau tidak akan kebahagiaan yang bakal mengganti kesusahan. Tak ada senang tanpa susah, susah tanpa senang. Senang dan susah adalah keluarga yang tidak pernah berpisah. Kalau dunia dibuat untuk kesenangan, maka tiadalah erti kehidupan yang kita rasai. Apa mahu dibuat kalau sudah senang? Apa mahu difikir kalau sudah tersedia? Bawalah diri berfikir sejenak, adakah kerugian disebalik ujian yang kita hadapi? Ujian tak bawa kesenangan dan kesengsaraan. Dia bawa kita ke daerah fikiran. Samada memberi kematangan atau kecelaruan. Terpul...

Ditinggal sepi

Imej
       Kalau dapat diputar masa, aku ingin ke perut ibuku. Tenang dalam jagaan-Nya. Namun itulah dinamakan takdir, aku dilahirkan. Hidup dalam serba cukup sudah memadai buat ku. Siapa aku untuk menolaknya. Tapi resah hati ini hanya Tuhan tahu. Terkapai-kapai hanyut. Bantuan manusia tak semenanya, hanya berupaya membasmi jahil ku dengan dayanya tapi bukan tak ketahuan hati ku. Aku sedar yang berdaya hanya aku. Kotak fikiran ku, amal ku, hanya aku sendiri mampu membentuknya. Dengan kudrat kurniaan-Nya, aku perlu juang untuk menang. Tapi apakan daya, asakan nafsu dan rerakan yang tidak membantu. Aku hanya ditinggal sepi.     Aku sayu dan menangis di malam hening. Sejuk malam menggigit tulang. Tanyakan diri apa yang harus ku lakukan. Adakah benar hidup ini sekejam ini atau hanya aku yang lemah? Mengimbau peristiwa lama hanya mencincang jiwa ku. Melihat masa depan seperti suram buat ku. Yang hanya pada ku kerabat yang kekacauan dan sahabat yang kabur fikirannya....