Lamunan Manusiawi
Rindu, entah bila dia datang. Tanpa kau sedar, dia telah pun melayurkan pandangan kau akan dunia. Dibawanya engkau ke alam angan-angan, sejauh renungan semesta. Engkau tak lagi fikir akan urusan duniawi yang kau perlu laksanakan. Malahan kau terseksa dengan lamunanmu itu.
Kadang kau direnjat akan cerita lama yang katanya indah. Tapi hanyalah harapan. Kau teringat cerita perih yang kau pernah rasakan. Tapi tak pernah padamnya luka. Di setiap imbasan ingatanmu hanya menambah perit pada hati yang perlu menerima.
Namun apa harapan yang tinggal buatmu? "Teruskan kehidupan". Buat apa mahu fikir tentang perkara kau tak mampu ubah, semuanya telah termaktub dan menempel pada sejarah. Masa tidak pernah ingkar Penciptanya. Ia tetap teruskan perjalanannya walau seramai mana manusia memintanya untuk undur kembali.
Sedarilah bahawa di setiap lamunan hanya bawa penderitaan kalau balasan padanya hanyalah kata-kata dan bukannya aksi. Bakarlah kisah lamamu dengan pintu jaya yang baru.
Ulasan
Catat Ulasan